Ciri botani Pokok_Berembang

Pokok berembang adalah tumbuhan saka yang mempunyai batang , bercabang serta tumbuh menegak sehingga mencapai ketinggian 5-25 meter. Batang pokok berwarna coklat kelabu dengan dahan yang bercabang empat (quadrangular). Daun berembang bersilang berwarna hijau dan berukuran 4-13 cm panjang x 2-7 cm lebar. Bunga berembang sangat cantik dengan warna stamen kemerahan berangkai 2-3 kuntum satu tangkai. Buah berembang berbentuk ceri bulat berwarna hijau dengan diameter ialah 5-7 cm dan 3-4 cm panjang. Kulitnya seakan berminyak berkilat apabila matang dan mengandungi biji yang sangat banyak dimana setiap biji berukuran 7 mm panjang (sangat halus).

Pemerhatian mendapati pokok berembang berbunga sepanjang tahun iaitu stamen dan kelopak bunga akan jatuh selepas 12 jam (biasanya selepas pendebungaan). Agen pendebungaan adalan terdiri dari kupukupu malam dan kelawar yang menghisap manisan (nectar) pada bunga malam hari.

Buah berembang yang telah dipotong.